DOA DIKABULKAN: YAKIN PADANYA
PENDAHULUAN
Setiap hari sebelum kita memulakan langkah di dalam kehidupan kita,
kita akan dahulukan dengan doa. Dan sudah tentu doa yang kita selalu bacakan
setiap hari doa yang terbaik buat diri kita, keluarga kita, dan agama kita.
Dan kita juga yakin bahawa doa itu adalah sebagai suntikan motivasi
untuk kita berasa lebih yakin bahawa sesuatu urusan kita itu akan dipermudahkan
oleh Allah s.w.t.
Apatah lagi keyakinan itu datang dari firman Allah s.w.t sendiri:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu
kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang
yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah Ghaafir:60)
Jelas pada ayat ini bahawa Allah s.w.t menuntut kita untuk sentiasa
berdoa kepadaNya. Dan sudah tentu Dia akan kabulkan. Yang penting yakin
kepadaNya.
BILA DOA AKAN DIPERKENANKAN?
Yang selalu bermain difikiran kita adalah bilakah Allah akan
kabulkan doa dan hajat kita? Dan bilamana persoalan ini diutarakan, maka ada
sebahagian kita akan terus berputus asa.
Lebih-lebih lagi dalam urusan kehidupan kita bilamana kita tidak Nampak
jalan keluarnya. Sedangkan pada hakikatnya Allah s.w.t itu Maha Mengabulkan
Doa.
Dan kadang-kadang kita juga mengharapkan agar Allah s.w.t
cepat-cepat kabulkan doa kita. Begitulah sifat manusia yang sentiasa tidak
sabar terhadap sesuatu perkara.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman!
Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu
perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana
sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Surah al-Baqarah:152)
Jelas pada ayat ini, kita dituntut untuk memohon kepada Allah s.w.t
dalam keadaan penuh sabar. Sabar itu sebagai tanda kita ini benar-benar hamba
yang bersungguh-sungguh .
DOA DAN SABAR DALAM MENEMPA KEJAYAAN DAN KEUNTUNGAN
Dan sudah pasti di dalam doa harian kita, kita akan berdoa agar
Allah s.w.t kurniakan kepada kita kejayaan dan keuntungan yang diberkati di
dalam organisasi kita.
Tetapi bilakah doa itu akan dikabulkan dan bagaimana ia akan
dikabulkan, tidak perlulah kita khuatir. Letakkan keyakinan sepenuhnya kepada
Allah azzawajalla.
Apa yang perlu kita buat? Adalah dengan memastikan oeprasi dan
pengurusan kita berada di atas landasan syariat.
Dan sudah tentu doa itu akan cepat dikabulkan apabila ia disertai
dengan keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t.
Keimanan dan pengharapan yang sebnar-benarnya dari hamba yang
berdoa.
MOHON KEAMPUNAN AGAR TAMBAH YAKIN
Dan sudah pasti kita akan lebih yakin bilaman doa itu disertai
dalam keadaan kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t atas segala dosa-dosa
kita dan kesilapan kita.
Disebabkan itu doa orang yang sentiasa memohon taubat kepada Allah s.w.t
dan sentiasa menyedari kesalahannya, akan mudah dikabulkan kepada Allah s.w.t.
Sentiasalah doa agar diampunkan oleh Allah s.w.t dan diberi hidayah
olehNya. Supaya kita ini tergolong orang-orang yang ditunjukkan jalan yang
lurus dan golongan yang sentiasa diberikan nikmat.
Tunjukilah
kami jalan yang lurus.
Iaitu
jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat.
(Surah al-Fatihah:6-7)\
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Yakinlah
dengan doa Allah s.w.t bahawa Dia akan kabulkan setiap doa kita.
2.
Pohonlah
dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.
3.
Iringilah
doa kita dalam keadaan kita memohon taubat dan keampunan dariNya.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam