“MAAF,TIADA SYAFAAT BAGIMU”
PENDAHULUAN
Ketika di akhirat kelak, setiap jiwa pasti akan berusaha
mendapatkan syafaat. Syafaat daripada siapa? Iaitu syafaat dari para Rasul.
Tetapi siapakah selayaknya mendapat syafaat di akhirat kelak?
Marilah kita renungkan firman Allah s.w.t.
Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan
melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam
Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu
(pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang
tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang
Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi
syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan
(ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah
kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan
telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.
(Surah al-A’araf:53)
Jelas pada ayat ini bahawa apa yang telah dijanjikan oleh Allah
itu, pasti akan berlaku. Dan ketika itu, jika kita tergolong dikalangan
golongan yang akan dihumban ke neraka Allah, maka tiada lagi peluang buat kita.
Sedangkan kita sudah pun diberi peringatan demi peringatan untuk
kita sedar akan permainan dunia, dan kehidupan dunia yang hanya sementara.
Kehidupan dunia yang jika tidak dilandasi dengan syariat, maka
kebinasaan yang akan kita perolehi di akhirat kelak.
PERINGATAN TELAH DISAMPAIKAN
Seperti yang pernah kita bincang sebelum ini akan bahawa peringatan-peringatan
dari Allah s.w.t telah disampaikan kepada kita. Melalui jalan Rasul-RasulNya
dan Kitab-KitabNya.
Akan tetapi malangnya masih lagi terdapat golongan yang berkeras
untuk menolak peringatan tersebut.
Punca? Kerana mereka masih lagi tidak beriman dengan hari Akhirat.
Mereka masih lagi tidak beriman dengan para Rasul dan Kitab-KitabNya.
Maka ketika ini perlu untuk kita bermuhasabah agar diri kita ini
tidak terjerumus ke lembah kebinasaan yang seperti mana telah dimaklumkan oleh
Allah dalam Al-Quran.
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan
kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan
bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran
itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi
orang-orang yang beriman.
(Surah al-A’araf:2)
PELIHARA AMALAN DAN MENJAGA KEBAIKAN YANG ALLAH SEDIAKAN
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi
sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah
kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan
perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu
dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Surah al-A’araf:56)
Jelas pada ayat ini bahawa kita dilarang untuk merosakkan bumi
Allah ini dengan kejahatan atau kemusnahan sedangkan Allah sudah sediakannya
dalam keadaan baik.
Dan kita juga dituntut untuk sentiasa memelihara amalan kita.
Amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Bagi mereka yang benar-benar beriman dengan Allah dan RasulNya,
maka peringatan ini akan segera dilaksanakannya. Jika tidak, maka bahaya dan
kebinasaan menantinya.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Berusahalah
kita memperbaiki amalan kita agar kita dipermudahkan laluan ke syurga.
2.
Selalulah
berselawat ke atas Baginda Muhammad s.a.w dan mengikuti sunnahnya agar kita
mendapat syafaat darinya.
3.
Berdoalah
agar kita tidak menjadi golongan yang sentiasa patuh dan taat kepada setiap
peringatan dari Allah s.w.t.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment