MEMBUKA TIRAI TAQWA
PENDAHULUAN
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia
mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang
salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan
(dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
(Surah al-Anfaal:29)
Tazkirah kali ini ingin sama-sama kita bermuhasabah kembali
kehidupan kita dalam usaha untuk meraih
keuntungan dunia dan juga keuntungan akhirat.
Sebagai manusia sudah tentu kita inginkan keuntungan dunia dan juga
keuntungan akhirat. Apakah keuntungan itu?
Bagaimanakah cara untuk memperolehinya dengan mudah? Apakah ada
cara atau jalan yang boleh kita meraih kedua-duanya?
Sudah tentu ada.Iaitu dengan cara kita taqwa kepada Allah s.w.t.
Kita meyakini akan kebenaran al-Quran. Apakah kita tidak yakin akan kebenaran
ayat-ayat dan janji Allah s.w.t?
Bukankah ini yang kita cari selama ini? Mencari petunjuk yang boleh
membezakan antara yang benar dan yang salah.
KEADAAN YANG BERCAMPUR ADUK
Di zaman kita ini, keadaan menajdi campur aduk. Kita tidak tahu
yang mana satu jalan yang benar dan yang salah. Yang mana satu jalan yang boleh
membawa kepada kejayaan dan kegagalan.
Dan bagi orang yang hidupnya tidak berhubung dengan Allah s.w.t,
sudah pasti dia tidak akan jumpa jalan
yang memisahakan yang benar dan yang salah.
Apakah kita ingin keadaan sedemikian berlaku dalam kehidupan kita,
keluarga kita serta organisasi kita?
Sudah tentu tidak. Maka jalan penyelesaian yang terbaik adalah
dengan meletakkan kehidupan atas dasar taqwa.
UBAH PROSEDUR MUDAH UBAH HATI SUKAR?
Benarkah untuk ubah hati itu sukar? Sudah tentu sukar. Kerna jika
hati itu menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk nasihat, maka jalan kepada kebenaran
itu akan menjadi sukar.
Untuk ubah sesuatu prosedur
itu mudah. Hanya berbekalkan fakta serta penghujahan yang kuat, kita mampu
ubahnya dengan baik.
Tetapi hati amat sukar untuk diubah. Akan ada orang yang
menunjukkan jalan tetapi dia tidak mampu memaksa orang tersebut untuk
melaluinya melainkan hati individu tersebut memilih sendiri untuk melaluinya.
Inilah yang perlu kita usahakan dalam kehidupan kita dengan membuka
dan menjadikan kehidupan lebih bertaqwa.
Terapkan asas-asas nilai murni, dan kepatuhan terhadap syariat,
maka kehidupan akan lebih baik.
DENGAN TAQWA KITA KE SYURGA
Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang
yang bertaqwa itu ialah air
sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak
putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang
yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha
orang-orang yang kafir pula ialah neraka.
(Surah ar-Ra’d:35)
Jelas bahawa syurga itu dijanjikan buat orang yang bertaqwa. Dan
neraka itu dijanjikan buat orang yang kafir iaitu menentang Allah dan RasulNya.
Sebab itu syurga amat mahal harganya. Bukan sebarang orang yang
boleh masuk ke dalamnya. Hanya orang yang benar-benar berasa takut terhadap Tuhannya
ketika di dunia dan bersungguh-sungguh
menunaikan hak Penciptanya.
Maka untuk membeli syurga, belilah ia dengan taqwa. Dan perlu kita
ingat, penghuni di neraka adalah lebih ramai berbanding syurga.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Berusahalah
kita membuka tirai taqwa dalam kehidupan kita dengan mematuhi segala suruhan
dan laranganNya.
2. Berusahalah
menjadikan kehidupan kita ini dihiasi dengan amal-amal yang baik serta soleh
dan solehah.
3.
Berusahalah
untuk mengubah hati ke arah yang lebih baik jika kita ingin perubahan yang
mulia.
4.
Syurga
itu mahal harganya maka belilah ia dengan taqwa.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment